http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Sunday, September 9, 2012

Gred-gred emas di Malaysia


Gred-gred emas yang perlu anda tahu..

GRED EMASNO. KARAT
999.924K
99924K
95023K (emas tarik)
91622K
87521K
83520K
80019K (emas paun)
75018K
58514K (emas campur)
3759K (suasa)
Emas gred terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini.
http://www.fgjam.org.my/
Maklumat ini amat berguna jika anda peminat barang kemas…perlu tahu ‘ranking’ emas supaya anda tidak tertipu dengan penjual di kedai emas.…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Terdapat kes penjual menipu dengan memberikan harga yang lebih mahal dari standard emas yang di jual. Mereka beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya.
30691_127955147215943_121610871183704_333332_5618904_n

Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.
Semoga anda bijak membuat pembelian & penilaian dan mampu mengelak dari ditipu oleh penjual emas..

Monday, September 3, 2012

Kenapa tidak dapat menjana duit dari emas?


Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.
Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum dengan menjual emas.
Semoga info di atas semua mendapat manfaat pembaca sekalian..

Wednesday, April 25, 2012

Hubungan rial, amas, dinar, ounce dan gram dalam timbangan emas



Seperti timbangan dinar, selalunya orang kelantan dan terengganu pula menggunakan rial dan amas dalam timbangan emas. Jadi di sini si sertakan untuk rujukan bersama

1 Ounce (oz) = 31.10 gm
1 Dinar = 4.25 gm
5 dinar = 21.25 gm
10 dinar = 42.50 gm
Se Rial =2.72 gm
Se Amas = 2.551 gm
Se Amah - 50 sen...Ini yang kawe tahu ler..





Pelaburan Mana Yang Menguntungkan


Di antara semua pelaburan di atas, pada pandangan anda yang mana boleh memberikan keuntungan maksimum kepada anda.

Pastikan anda memilih yang terbaik untuk pelaburan anda..Selamat melabur..


Mulakan Simpanan Emas Anda


Semakin ramai yang memahami keperluan menyimpan emas tetapi lebih ramai lagi yang tidak tahu mengapa simpanan melalui emas itu adalah perlu dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu.  
Semoga artikel ringkas ini dapat membantu kita membuat penilaian dan mengambil keputusan yang tepat demi masa depan kewangan kita. Renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif. DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK
Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk keperluan dan pelaburan jangkamasa panjang, sederhana atau pendek.
BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT!Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT! 

Friday, February 3, 2012

Harga emas dunia dijangka meningkat - UM 3 Feb 2012

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.


Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Oleh itu, mulakan langkah bijak dengan membuat pelaburan emas dari sekarang..Semoga anda bertambah kaya dan berjaya..

SUMBER: Utusan Malaysia,3 Februari 2012

SANDARKAN WANG ANDA DENGAN EMAS - BERDASARKAN PENGALAMAN PELABUR JUTAWAN

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi secara "Real Experience", bagaimana konsep yang dilaksanakan dengan jayanya oleh pelabur jutawan(PJ)..kaedah ini benar2 berhasil dan ternyata memberikan keuntungan kepadanya)

Teknik ini PJ gunakan untuk membuat bayaran Down Payment keretanya yang berjumlah RM 30,000.00 pada bulan 4 yang lalu. Ketika itu, PJ tidak mempunyai tunai sebanyak itu, tetapi saya mempunyai Gold Bar 100 gram sebanyak 3 keping yang PJ beli pada bulan Januari pada harga kira2 RM15,000 sekeping.

Jadi, total keseluruhan emas 300 gram tersebut PJ beli pada harga RM45,000.00 sahaja. Jadi, untuk membayar Down Payment kereta barunya, saya cuma perlu memajakkan Gold Bar tersebut di Agro Bank (pada ketika itu pajakan masih diterima) dan hasil dari pajakan tersebut saya mendapat tunai 70% dari keseluruhan nilai emas itu.

Pengiraannya ialah :


300g x RM150 = RM45,000.00 (Nilai Semasa)


dan saya mendapat tunai 70% dari nilai semasa, iaitu :


RM45,000.00 x 70% = RM31,500.00


Wang RM30,000.00 tersebut PJ gunakan untuk membayar Down Payment keretanya, dan baki RM1,500.00 akan PJ gunakan untuk membayar upah simpan. Jadi, kereta baru berjaya PJ miliki beserta  Emas 300g juga masih milik PJ!!


Pada Bulan Ogos yang lalu, harga Emas 100g telah pun mencecah RM20,000.00 sekeping!!




Ketika itu saya menjualkan kesemua Gold Bar tersebut, dan saya mendapat RM60,000.00!!


Pengiraannya :


RM 20,008.00 x 3 = RM 60,024.00 


RM 60,024.00 - RM 31,500.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM28,524.00


Di permulaan pajakan tadi, saya ada tunai berbaki RM1,500.00 dan tunai itu saya gunakan untuk membayar upah simpan selama 5 bulan bermula bulan 4 sehingga bulan 8. Pengiraannya ialah :


RM 31,500.00 x 0.65% = RM204.75 (sebulan) x 6 bulan = RM1,023.75 (Upah untuk 5 bulan)


Jadi selepas membayar upah, ia masih berbaki RM 476.25 + RM 28,524.00 = RM 29,000.25.


Bermakna, dengan hanya mempunyai RM 45,000.00, dan selepas membayar Down Payment kereta baru berjumlah RM 30,000.00, PJ masih mempunyai tunai berbaki RM 29,000.00, atau dalam ertikata lain Down Payment kereta saya taadi cuma RM 16,000.00 sahaja!!


Ajaib bukan? ye, ini lah yang akan berlaku bila anda menyandarkan wang tersebut dengan emas terlebih dahulu. Bayangkan jika PJ membayar tunai kesemua jumlah RM 30,000.00 tersebut, pasti wang RM45,000.00 PJ tadi hanya tinggal RM15,000.00 sahaja.


Anda juga boleh menggunakan konsep yang sama jika ingin membayar sesuatu dalam amaun yang besar seperti membayar Down Payment rumah, membeli kereta, motosikal dan sebagainya, dan ketika ini Gold Bar tidak boleh dipajakkan, maka anda boleh menggunakan konsep yang sama dengan membeli Rantai i-Jewellery pula.


Saya pasti, ramai dikalangan anda yang ingin membeli sesuatu dengan bayaran tunai sebagai Down Payment ketika ini, jadi jangan lupa sandarkan dahulu ya! hubungi saya untuk membeli Emas sebagai sandaran anda!



Ikhsan Pelabur Jutawan

Thursday, January 5, 2012

ANALISIS KENAIKAN EMAS UNTUK TAHUN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.
Baiklah, kita sekarang telah berada di awal tahun 2012..Adakah anda sudah menyemak pulangan pelaburan anda di ASB..Mungkin sudah mempunyai rancangan untuk menghasilkan pelaburan berganda..
Apakah matlamat anda sekarang?

Saya doakan anda semua semakin kaya, semakin berjaya dan membuat banyak keuntungan dengan pelaburan emas.

Kepada pelabur yang telah membeli emas & perak semasa harga rendah tempoh hari, sudah pasti tersenyum puas melihat kenaikan emas yang semakin tinggi..Untuk yang belum melabur, belum terlambat anda untuk melabur di dalam emas dan perak. 

Untuk menambahkan keceriaan pelabur emas, disini saya ingin membuat sedikit analisis ringkas kenaikan/pulangan daripada pelaburan emas sebelum akhir tahun.

Semoga analisis ini membuka minda anda mengenai keuntungan membuat pelaburan emas.

Analisis kenaikan harga emas tahun 2011.

Harga pada 3/1/2011 = USD1405.50 Oz
Harga pada 2/12/2011 = USD1751  Oz (ketika artikel ini ditulis)
Ini adalah kenaikan sebanyak USD345.50 Oz bersamaan kenaikan 24.58%.
Harga emas tertinggi untuk tahun 2011 (sehingga 2/12/2011) ialah USD1920.80  (sumber MT4 www.fxpro.com)
Kalau ikut harga New York close, harga tertinggi tahun 2011 ialah USD1900.30
Memang best!
Untuk harga emas tempatan pula, saya mengambil harga Kijang Emas 1 Oz sebagai perbandingan.
Harga Kijang Emas 1 Oz pada 3/1/2011 = RM4605
Harga Kijang Emas 1 Oz pada  2/12/2011  = RM5795
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 25.84%!

Jadi, ini adalah pulangan yang sangat menguntungkan dan yang penting, pelaburan emas ini selamat :)

Perbandingan trend kenaikan harga emas diantara tahun 2010 dan tahun 2011.

Graf kenaikan harga emas pada tahun 2010 


Graf kenaikan harga emas tahun 2011 (sehingga awal disember) 

Saya pasti anda teruja melihat trend kenaikan harga emas.

Namun saya pasti anda akan lebih teruja jika anda sendiri pandai membuat analisis teknikal harga emas.
Ini kerana kemahiran analisis teknikal harga emas membolehkan anda mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjual emas-emas anda.
Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Semoga anda membuat pelaburan yang bijak..
Kepada yang berminat boleh hubungi saya Khirul di talian 019-2362381..