http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Thursday, January 5, 2012

ANALISIS KENAIKAN EMAS UNTUK TAHUN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.
Baiklah, kita sekarang telah berada di awal tahun 2012..Adakah anda sudah menyemak pulangan pelaburan anda di ASB..Mungkin sudah mempunyai rancangan untuk menghasilkan pelaburan berganda..
Apakah matlamat anda sekarang?

Saya doakan anda semua semakin kaya, semakin berjaya dan membuat banyak keuntungan dengan pelaburan emas.

Kepada pelabur yang telah membeli emas & perak semasa harga rendah tempoh hari, sudah pasti tersenyum puas melihat kenaikan emas yang semakin tinggi..Untuk yang belum melabur, belum terlambat anda untuk melabur di dalam emas dan perak. 

Untuk menambahkan keceriaan pelabur emas, disini saya ingin membuat sedikit analisis ringkas kenaikan/pulangan daripada pelaburan emas sebelum akhir tahun.

Semoga analisis ini membuka minda anda mengenai keuntungan membuat pelaburan emas.

Analisis kenaikan harga emas tahun 2011.

Harga pada 3/1/2011 = USD1405.50 Oz
Harga pada 2/12/2011 = USD1751  Oz (ketika artikel ini ditulis)
Ini adalah kenaikan sebanyak USD345.50 Oz bersamaan kenaikan 24.58%.
Harga emas tertinggi untuk tahun 2011 (sehingga 2/12/2011) ialah USD1920.80  (sumber MT4 www.fxpro.com)
Kalau ikut harga New York close, harga tertinggi tahun 2011 ialah USD1900.30
Memang best!
Untuk harga emas tempatan pula, saya mengambil harga Kijang Emas 1 Oz sebagai perbandingan.
Harga Kijang Emas 1 Oz pada 3/1/2011 = RM4605
Harga Kijang Emas 1 Oz pada  2/12/2011  = RM5795
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 25.84%!

Jadi, ini adalah pulangan yang sangat menguntungkan dan yang penting, pelaburan emas ini selamat :)

Perbandingan trend kenaikan harga emas diantara tahun 2010 dan tahun 2011.

Graf kenaikan harga emas pada tahun 2010 


Graf kenaikan harga emas tahun 2011 (sehingga awal disember) 

Saya pasti anda teruja melihat trend kenaikan harga emas.

Namun saya pasti anda akan lebih teruja jika anda sendiri pandai membuat analisis teknikal harga emas.
Ini kerana kemahiran analisis teknikal harga emas membolehkan anda mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjual emas-emas anda.
Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Semoga anda membuat pelaburan yang bijak..
Kepada yang berminat boleh hubungi saya Khirul di talian 019-2362381..