http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Friday, February 3, 2012

Harga emas dunia dijangka meningkat - UM 3 Feb 2012

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.


Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Oleh itu, mulakan langkah bijak dengan membuat pelaburan emas dari sekarang..Semoga anda bertambah kaya dan berjaya..

SUMBER: Utusan Malaysia,3 Februari 2012

SANDARKAN WANG ANDA DENGAN EMAS - BERDASARKAN PENGALAMAN PELABUR JUTAWAN

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi secara "Real Experience", bagaimana konsep yang dilaksanakan dengan jayanya oleh pelabur jutawan(PJ)..kaedah ini benar2 berhasil dan ternyata memberikan keuntungan kepadanya)

Teknik ini PJ gunakan untuk membuat bayaran Down Payment keretanya yang berjumlah RM 30,000.00 pada bulan 4 yang lalu. Ketika itu, PJ tidak mempunyai tunai sebanyak itu, tetapi saya mempunyai Gold Bar 100 gram sebanyak 3 keping yang PJ beli pada bulan Januari pada harga kira2 RM15,000 sekeping.

Jadi, total keseluruhan emas 300 gram tersebut PJ beli pada harga RM45,000.00 sahaja. Jadi, untuk membayar Down Payment kereta barunya, saya cuma perlu memajakkan Gold Bar tersebut di Agro Bank (pada ketika itu pajakan masih diterima) dan hasil dari pajakan tersebut saya mendapat tunai 70% dari keseluruhan nilai emas itu.

Pengiraannya ialah :


300g x RM150 = RM45,000.00 (Nilai Semasa)


dan saya mendapat tunai 70% dari nilai semasa, iaitu :


RM45,000.00 x 70% = RM31,500.00


Wang RM30,000.00 tersebut PJ gunakan untuk membayar Down Payment keretanya, dan baki RM1,500.00 akan PJ gunakan untuk membayar upah simpan. Jadi, kereta baru berjaya PJ miliki beserta  Emas 300g juga masih milik PJ!!


Pada Bulan Ogos yang lalu, harga Emas 100g telah pun mencecah RM20,000.00 sekeping!!




Ketika itu saya menjualkan kesemua Gold Bar tersebut, dan saya mendapat RM60,000.00!!


Pengiraannya :


RM 20,008.00 x 3 = RM 60,024.00 


RM 60,024.00 - RM 31,500.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM28,524.00


Di permulaan pajakan tadi, saya ada tunai berbaki RM1,500.00 dan tunai itu saya gunakan untuk membayar upah simpan selama 5 bulan bermula bulan 4 sehingga bulan 8. Pengiraannya ialah :


RM 31,500.00 x 0.65% = RM204.75 (sebulan) x 6 bulan = RM1,023.75 (Upah untuk 5 bulan)


Jadi selepas membayar upah, ia masih berbaki RM 476.25 + RM 28,524.00 = RM 29,000.25.


Bermakna, dengan hanya mempunyai RM 45,000.00, dan selepas membayar Down Payment kereta baru berjumlah RM 30,000.00, PJ masih mempunyai tunai berbaki RM 29,000.00, atau dalam ertikata lain Down Payment kereta saya taadi cuma RM 16,000.00 sahaja!!


Ajaib bukan? ye, ini lah yang akan berlaku bila anda menyandarkan wang tersebut dengan emas terlebih dahulu. Bayangkan jika PJ membayar tunai kesemua jumlah RM 30,000.00 tersebut, pasti wang RM45,000.00 PJ tadi hanya tinggal RM15,000.00 sahaja.


Anda juga boleh menggunakan konsep yang sama jika ingin membayar sesuatu dalam amaun yang besar seperti membayar Down Payment rumah, membeli kereta, motosikal dan sebagainya, dan ketika ini Gold Bar tidak boleh dipajakkan, maka anda boleh menggunakan konsep yang sama dengan membeli Rantai i-Jewellery pula.


Saya pasti, ramai dikalangan anda yang ingin membeli sesuatu dengan bayaran tunai sebagai Down Payment ketika ini, jadi jangan lupa sandarkan dahulu ya! hubungi saya untuk membeli Emas sebagai sandaran anda!



Ikhsan Pelabur Jutawan