http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Sunday, September 9, 2012

Gred-gred emas di Malaysia


Gred-gred emas yang perlu anda tahu..

GRED EMASNO. KARAT
999.924K
99924K
95023K (emas tarik)
91622K
87521K
83520K
80019K (emas paun)
75018K
58514K (emas campur)
3759K (suasa)
Emas gred terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini.
http://www.fgjam.org.my/
Maklumat ini amat berguna jika anda peminat barang kemas…perlu tahu ‘ranking’ emas supaya anda tidak tertipu dengan penjual di kedai emas.…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Terdapat kes penjual menipu dengan memberikan harga yang lebih mahal dari standard emas yang di jual. Mereka beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya.
30691_127955147215943_121610871183704_333332_5618904_n

Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.
Semoga anda bijak membuat pembelian & penilaian dan mampu mengelak dari ditipu oleh penjual emas..

Monday, September 3, 2012

Kenapa tidak dapat menjana duit dari emas?


Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.
Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum dengan menjual emas.
Semoga info di atas semua mendapat manfaat pembaca sekalian..