http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Wednesday, September 28, 2011

HERO MALAYA SUDAH PULANG..

Safee mahu pikat kelab di Liga-A pada 7 Oktober ini 



DENGAN misi menyarung jersi Cardiff City tampak kain pudar, Safee Sali (atas) kini mengalih fokus mencari ‘pasaran baru’ dengan Australia menjadi destinasi terbaru.

Semalam, penyerang kebangsaan itu menyuarakan minat mahu memikat kelab di Liga Australia dan bertekad memanfaatkan peluang itu apabila Harimau Malaya menentang skuad kebangsaan negara itu pada 7 Oktober ini di Canberra.
“Peluang menentang Australia tidak akan saya bazirkan dan cuba menampilkan aksi terbaik. Mana tahu, ia membuka mata kelab-kelab A-League untuk memanggil saya menjalani ujian pemilihan,” kata Safee ketika ditemui sekembali dari Cardiff di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam. 

Ditanya mengenai tawaran kedua Cardiff untuk menjalani latihan dua minggu lagi, pemain berusia 27 tahun itu berkata dia akan memanfaatkan peluang itu jika menyusul nanti. 

“Memang dua minggu yang saya lalui ini tidak cukup kerana saya hanya 10 hari turun menjalani latihan bersama pasukan dan tiada sebarang aksi persahabatan untuk menilai prestasi sebenar saya. 

“Harap pada kunjungan kali kedua ke Cardiff nanti, saya diberi peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan dan di situ saya akan cuba membuktikan kemampuan sebenar,” tegas Safee. 
Safee akan mewakili Selangor menentang Singapura pada Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.





Kita doakan agar penyerang sensasi Malaysia ini akan terus sukses di dalam karier dan juga terus membanggakan rakyat Malaysia..Safee a.k.a Beckham Malaysia..

Sunday, September 25, 2011

Tips - Tips Untuk Mengenali Emas Tulen Ataupun Palsu


1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah).

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.
7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi).

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Best kot, saya belum dapat lagi selami perasaan itu. sedih betul……

Sumber: Harga Emas Malaysia

Datuk Lee Chong Wei Kecundang di Terbuka Jepun


APA sudah jadi Datuk Lee Chong Wei? Selepas gagal untuk bergelar juara dunia bulan lalu, jaguh badminton perseorangan negara itu sekali lagi ditimpa nasib malang. Aksi secara langsung sungguh mendebarkan walaupun akhirnya jaguh kita tumpas  mengejut kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi final di Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2011 yang berlangsung di Tokyo semalam.
Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, misi Chong Wei untuk memburu kejuaraan buat kali keempat pada terbuka Jepun yang memasuki edisi ke-30 kali ini gagal apabila dia tewas 8-21, 21-10, 12-21.
Malah, penarikan diri seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir kelmarin juga dilihat telah mencerahkan lagi peluang buat jaguh negara itu untuk bergelar juara.
Namun, segala andaian tersebut jauh meleset apabila corak permainan Chong Wei dilihat serba tidak menjadi terutama ketika dia tewas pada set pertama ketika menentang Chen Long itu.
Namun, ada segelintir pihak menganggap ia hanyalah drama semata-mata kerana Chong Wei kecewa tidak dapat membuat perhintungan dengan Lin Dan selepas pemain itu membuat keputusan menarik diri.
Pertemuan final antara Chong Wei dengan Lin Dan memang dinanti-nantikan kerana kedua-dua pemain itu ada misi peribadi yang ingin dilaksanakan.
Apa tidaknya, Chong Wei mahu mempertahankan kejuaraan dan mahu membalas dendam selepas tewas pada final Kejohanan Dunia di London bulan lalu ke atas Lin Dan manakala jaguh China itu pula mahu kembali merampas kejuaraan Terbuka Jepun.
Diharap kekalahan ini belum mematahkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk terus berjuang demi negara..

Soalan-soalan Lazim Pelaburan Emas


Antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh bakal-bakal pelabur 
dan juga orang baru di dalam pelaburan emas.

Jawapan-jawapan dinyatakan adalah melalui ilmu dan juga
pengalaman yang dilalui oleh pelabur - pelabur emas terdahulu.

Harus diingat anda melabur dalam EMAS, pelaburan yang
memerlukan beribu-ribu wang FIAT. Jadi adalah penting untuk
anda mempunyai ilmu sebelum mula melabur.

S: Adakah saya akan mendapat EMAS FIZIKAL apabila saya
membeli emas Public Gold??
J: Ya,dengan Public Gold anda akan mendapat emas fizikal dan
juga sijil pengesan ketulenan emas yang disahkan oleh Assayer 
(tukang emas) yang profesional. (Emas itu juga adalah menjadi 
hak milik anda sepenuhnya.Anda boleh buat apa sahaja 
dengan emas itu. Tiada yang mengawalnya.
Anda boleh simpan, jual atau apa2 sahaja)
S: Berapakah modal minimum untuk melabur dalam emas:
J: Boleh mulakan dengan membeli emas yang paling rendah 
harganya - 1 DinarRm760 (25th Sept 2011).( Setelah anda mula
membeli dengan secara tidak langsung anda akan sensitive
dan peka dengan trend kenaikan dan penurunan emas. Anda
akan mula mencari ilmu-ilmu berkenaan pelaburan emas...
dan seterusnya anda lebih yakin dan mula mencari duit 
fiat (wang kertas) untuk dilaburkan untuk membeli emas dengan
 lebih banyak lagi...Ini merupakan tindakan yang bijak untuk 
memastikan anda mendapat keuntungan pada masa hadapan...
S:Dengan siapa saya boleh membeli emas?
J: Untuk emas Public Gold anda boleh la menghubungi 
Dealer yang berdekatan dengan anda dengan melihat senarai
Dealer di Public Gold Website. Anda juga  boleh menghubungi
saya di talian 019-2362381.


S:Bila anda boleh menikmati hasil pelaburan emas?
J: Selepas 1 tahun anda sudah boleh menikmati kenaikan
harga emas purata 20% setahun dan jika anda mahu 
menggunakannya, maka anda juallah hasil yang lebih sahaja.
Untuk itu lebih kecil berat emas yang anda pegang lebih flexible. 
Kalau tak faham saya boleh menceritakan dengan lebih lanjut
sms aje 019-2362381.

S:Patutkah saya tunggu harga emas jatuh untuk 
mula membeli emas?
J:Jika anda telah ada simpanan emas , mungkin anda 
boleh tunggu, tetapi jika tiada lansung anda patut beli
dulu sedikit untuk elak kerugian jika harga emas tidak
 turun dan terlepas peluang..

S:Saya cuma ada sedikit dlm simpanan wang kertas,
bercadang mahu gunakan ia sbg modal perniagaan
bila saya bersara dlm 5 tahun lagi. Jika saya beli emas
bagaimana saya boleh mendapat faedah dari pelaburan 
emas saya ini.
J:Dengan membeli emas,jika kenaikan purata emas 
20% setahun, anda akan akan menikmati kenaikan 
lebih kurang 100% dalam masa 5 tahun. Jadi ia sudah
cukup untuk baik dari perancangan anda untuk
memulakan perniagaan selepas bersara.

Soalan dan jawapan diatas mungkin terlalu ringkas untuk
anda fahami, walaubagaimanapun anda boleh la 
menghubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut.....
Sesungguhnya menyimpan wang fiat anda akan kerugian 
disebabkan inflasi..Jika anda menyimpan emas
 & perak sudah pasti akan menguntungkan anda...
Buatlah pilihan yang bijak..anda mampu mengubahnya..