http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Sunday, September 25, 2011

Datuk Lee Chong Wei Kecundang di Terbuka Jepun


APA sudah jadi Datuk Lee Chong Wei? Selepas gagal untuk bergelar juara dunia bulan lalu, jaguh badminton perseorangan negara itu sekali lagi ditimpa nasib malang. Aksi secara langsung sungguh mendebarkan walaupun akhirnya jaguh kita tumpas  mengejut kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi final di Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2011 yang berlangsung di Tokyo semalam.
Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, misi Chong Wei untuk memburu kejuaraan buat kali keempat pada terbuka Jepun yang memasuki edisi ke-30 kali ini gagal apabila dia tewas 8-21, 21-10, 12-21.
Malah, penarikan diri seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir kelmarin juga dilihat telah mencerahkan lagi peluang buat jaguh negara itu untuk bergelar juara.
Namun, segala andaian tersebut jauh meleset apabila corak permainan Chong Wei dilihat serba tidak menjadi terutama ketika dia tewas pada set pertama ketika menentang Chen Long itu.
Namun, ada segelintir pihak menganggap ia hanyalah drama semata-mata kerana Chong Wei kecewa tidak dapat membuat perhintungan dengan Lin Dan selepas pemain itu membuat keputusan menarik diri.
Pertemuan final antara Chong Wei dengan Lin Dan memang dinanti-nantikan kerana kedua-dua pemain itu ada misi peribadi yang ingin dilaksanakan.
Apa tidaknya, Chong Wei mahu mempertahankan kejuaraan dan mahu membalas dendam selepas tewas pada final Kejohanan Dunia di London bulan lalu ke atas Lin Dan manakala jaguh China itu pula mahu kembali merampas kejuaraan Terbuka Jepun.
Diharap kekalahan ini belum mematahkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk terus berjuang demi negara..

No comments:

Post a Comment