Kali ini kita berkongsi 2 berita yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas. Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas.
.1. Harian Metro 3 Januari 2009
Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.
(Klik untuk baca kat Harian Metro Online)
2. Berita Minggu 4 Januari 2009
Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas
yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
(Klik untuk baca kat Berita Harian Online)
Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:
Apakah itu:1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.
Pelaburan emas.
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.
Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.
Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:
1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)
Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan.
Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang merupakan pelaburan yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
Skim Pelaburan Emas.
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:
Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.
8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.
9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.

Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar dan terpaksa menanggung beban hutang...
Akhir sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan perlu dielakkan sama sekali.
Bagaimana nak mengenali skim cepat kaya??Mudah saja antara ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.
aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.
yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini sistemnya, baik anda elakkan daripada melabur dari syarikat itu..
semula untuk didagangkan. Kalau begini sistemnya, baik anda elakkan daripada melabur dari syarikat itu..
Kesimpulan:
Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.
Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah yang anda boleh melabur dan yang mana satu yang boleh anda elakkan..