Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bagaimana persiapan anda semua sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang dan Hari Kemerdekaan yang ke 54..
Untuk sisipan kali ini, mari kita teliti dan berkongsi ilmu tentang skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang telah banyak disiasat pihak berkuasa.
Sejak dari bulan Jun 2009 sehingga sekarang, terdapat banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia.
Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.
Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)

Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.
Public Gold juga telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.
Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa.
Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.
The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.
Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya.
Kesian Pelabur yang telah menjadi mangsa skim cepat kaya..Adush.. Ramai juga pelabur yang telah terkena..

RM845 juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.
Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.
Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.
Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?
Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:
' 2. Kurang ilmu tentang emas1. Nak cepat untung dan pasti mahu cepat kaya..
Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.
Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, InsyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.
Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).
Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.
Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.
Beliau pernah menyebut:
“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)
Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.
Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.
Saya berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.
2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com
dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.
dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.
3. Sarch dalam Google – www.google.com maklumat syarikat tersebut.
Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?
Mudah sahaja.
1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
di http://www.ssm.com.my/
di http://www.ssm.com.my/
2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.
Biasanya saya beli pakai kad kredit.

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
maklumat-maklumat yang kritikal.
maklumat-maklumat yang kritikal.
Antaranya:
1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan
Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang boleh di beli dari SSM
Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)

Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.

Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.
Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.
Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.
Tapi akhirnya duit pelabur LESAP begitu sahaja..Ingatkan untung berlipat ganda rupanya habuk pun tiada..(Harian Metro 3/1/2009)
Kesimpulan:
1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Walaupun diburu penguatkuasa, mereka akan terus mencari mangsa. Oleh itu, sentiasalah berwaspada..
2. Sifat tamak tanpa ilmu yang cukup boleh mengundang padah dan kerugian kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.
3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.
4. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika anda mengetahui kaedah dan teknik yang betul.
No comments:
Post a Comment