http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Friday, August 26, 2011

Bagaimana Untuk Menambah Ilmu Emas Anda


logoAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin memperkenalkan dan berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat terkenal dengan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain iaituwww.kitco.com
Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan maklumat dan servis yang ditawarkan oleh kitco. InsyaAllah pengetahuan anda mengenai emas, perak dan komoditi  akan lebih mendalam selepas membaca artikel ini.

Apa itu kitco.com?

Untuk pengetahuan anda, kitco adalah salah satu penjual terkemuka dunia untuk logam berharga. Pejabat mereka mereka letaknya di Kanada dan mempunyai cawangan di Amerika.
Laman web mereka sangat terkenal dengan harga semasa emas, perak serta komoditi-komoditi yang lain.
tn_kitco_website
laman web kitco.com

Antara ilmu yang menarik dan boleh di perolehi di laman web kitco adalah:
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)
Ok, mari kita lihat satu persatu ilmu-ilmu ini:

1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

Setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contoh graf kitco tersebut adalah seperti dibawah.
Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco.
contoh_graf_harga_kitco
Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia
Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.
1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.
huraian_kenapa_harga_naik
Bila USD lemah maka harga emas naik.

Bila USD kuat maka harga emas turun.
Jadi, kalau ada orang bertanya kepada anda “Eh, kenapa harga emas naik or kenapa harga emas turun ye?” Maka anda boleh rujuk dengan laman web kitco untuk mendapatkan kepastian..

2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.
Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.
chart
chart2
Anda boleh check kat sini.
Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.
chart_yearly
Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)
Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini 

3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.
free_chart
 Graf ini adalah percuma :)
Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.
tn_bannner
contoh banner
bannner2
contoh banner
Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.

4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.
Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)
kitco_forum 
Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.
Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.

Kesimpulan:

1. Laman web kitco sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat mendapatkan info mengenai emas, perak dan juga komoditi yang lain.
2. Anda boleh melihat sendiri sejarah kenaikan harga emas kat kitco.

Oleh itu, saya harap dengan perbincangan di atas, anda mendapat manfaat untuk mendalami ilmu tentang pelaburan emas..Jumpa lagi di dalam post yg akan datang..
.

No comments:

Post a Comment