http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Wednesday, November 2, 2011

Boon Heong harap sentuhan menjadi



Tan Boon Heong (kanan) mengakui dia dan pasangannya, Koo Kien Keat perlu mempelbagaikan corak kombinasi permainan bagi mengatasi kelemahan sewaktu dalam perlawanan.


KUALA LUMPUR - Pemain badminton beregu utama negara, Tan Boon Heong mengakui dia dan pasangannya, Koo Kien Keat perlu mempelbagaikan corak kombinasi permainan bagi mengatasi kelemahan sewaktu perlawanan.
Kata Boon Heong, gaya permainan sedia ada seolah-olah lebih tertumpu kepada individu sahaja dan keadaan tersebut menyebabkan mereka sukar memberikan saingan ketika Terbuka Perancis dan Terbuka Denmark baru-baru ini.
Tambahnya, dengan kehadiran jurulatih baru dari Korea Selatan, Yoo Yong-sung diharap dapat membantu mereka memperbaiki kelemahan tersebut.
"Saya belum pernah lihat aksi dia (Yong-sung) tetapi saya tetap berharap agar dia dapat membantu kami.
"Dia mungkin dapat bantu kami mempertingkatkan kemahiran yang ada serta memperkuatkan mental kami," katanya kepada pemberita selepas tamat sesi latihan di Stadium Juara, dekat sini, semalam.
Dalam pada itu, Boon Heong berkata, masalah komunikasi antara jurulatih dari Korea Selatan itu tidak akan menjadi masalah utama buat dirinya dan pasangan Kien Keat.
"Dia mempunyai penterjemahnya sendiri dan saya rasa itu bukan halangan untuk kami berkomunikasi.
"Sekiranya dia benar-benar mahu membimbing kami sudah tentu dia akan cuba mencari cara untuk berkomunikasi dengan kami," kata Boon Heong.

No comments:

Post a Comment