http://v2.rempitebay.com/hop.php?ref=kaydrock

Wednesday, November 2, 2011

JUARA PIALA MALAYSIA 2011


SEREMBAN - Selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan kini menyusun strategi baru dengan menyunting tiga pemain import dari Brazil, Serbia dan Colombia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, strategi baru itu penting bagi memastikan piala berprestij itu terus berada dalam dakapan skuad Negeri Sembilan pada musim baru Liga Super dan Piala Malaysia tahun hadapan.
Bagaimanapun kata beliau, tiga pemain tersebut hanya akan dipilih selepas menjalani ujian bersama pasukan itu selepas menjalani proses pemilihan yang ketat.
''Kita memilih pemain ini berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan dan saya yakin dengan kualiti pada mereka kita mampu memberi saingan pada Liga Super dan seterusnya mempertahankan Piala Malaysia.
''Saya harap dengan kehadiran pemain import ini dapat membantu kita mengekalkan Piala Malaysia pada musim depan dan juga memberi saingan dalam Liga Super," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.
Menurutnya, tiga pemain itu itu akan diuji dalam beberapa perlawanan termasuk perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia bimbingan Datuk K. Rajagopal di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 8 November ini.
''Pada perlawanan itu kita akan lihat prestasi mereka (pemain import) sekiranya memuaskan kita akan memutuskan sama ada untuk mengambil mereka atau tidak," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamad tidak menolak kemungkinan beberapa pemain termasuk yang bertaraf bintang dalam skuad itu bakal meninggalkan skuad Negeri Sembilan selepas kontrak mereka tamat pada hujung bulan ini.
Jelasnya, beberapa pemain sudah menyatakan persetujuan untuk menyambung kontrak mereka tetapi masih ada sebilangan yang belum memberikan sebarang maklum balas.
''Kita faham selepas bergelar juara Piala Malaysia terdapat para pemain kita 'dipinang' oleh pasukan lain dan menawarkan gaji yang lebih lumayan.
''Tetapi sebagai profesional kita memahami situasi ini dan berharap mereka (pemain) membuat pilihan yang tepat demi masa depan serta kerjaya mereka," jelasnya.
Tambahnya, sekalipun ada beberapa pemain yang berhasrat untuk meninggalkan pasukan, PBNS mempunyai alternatif lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka.
''Kita memang bersedia dengan situasi seperti ini dan kita yakin ada pemain lain termasuk pemain muda yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka," ujarnya

No comments:

Post a Comment